Wednesday, February 23, 2011

Prajudis SiKEMBAR

Ia berdasarkan pengalaman seorang pelajar bernama Zahif(bukan nama sebenar)sewaktu dia berada didalam alam 1/3 pembelajaran.Zahif merupakan seorang pelajar yang mempunyai kelakuan yang agak tinggi kesosialannya.Di sebalik sifatnya itu,dia juga memiliki kalbu yang murni.
Pada awalnya dia berazam tidak akan mengendahkan prilaku rakannya yang perangainya berwarna seperti pelangi.Tapi..Manusia sering berubah mengikut situasi yang dialaminya.Zahif mula menunjukkan corak yang berbeza terhadap perangainya.Ini pun kerana pelbagai drama yang tidak enak telah berlaku keatasnya.Dia telah mula menurunkan tahap kesabaran yang selama ini disisip rapi olehnya dan dia juga telah mempertontonkan ke tidak puas hatinya dengan pelbagai alternatif yang mampunya dirikan.

Dalam masa yang sama Sikembar iaitu asif dan afif(bukan nama sebenar) juga mula terbit dan mula menyusun strategi serta memperbaiki langkah untuk memikat lebih ramai lagi rakan kembar yang akan mereka pimpin menuju ke gaung maut yang mereka bina.Tetapi tiada siapa yang memperdulikannya, kalau ada pun hanya senyuman plastik yang terukir di bibir mereka dan hati mula mendustakan perilaku mereka.Mereka juga tidak putus berharap agar Zahif dan rakan-rakannya dahulu memberi mereka peluang yang tidak tersenarai hitungnya.
Hanya yang mereka terima adalah sindiran dan cemuhan yang diterima oleh SiKembar dari manusai yang dulu digelar sebagai rakan.Ikuti kisah selanjutnya melalui kisah penuh Prajudis SiKembar..

No comments:

Post a Comment